Saya nak mulakan post hari ni dengan satu 'poll'..
Jeng3...
"Siapa yang suka tgk cerita adiwira masa zaman kecik-kecik dulu, eg : Otromen ke, Eksen Kamen ke, go go Power Rangers ke, etc (ok, x larat nak tulis, banyak sangat..)?
Saya kira ramai antara kita, (mungkin juga setiap dari kita) tak pernah terlepas daripada mengagumi watak adiwira yang pernah kita tonton suatu ketika dahulu..
Zaman kanak-kanak saya dipenuhi dengan watak-watak adiwira yang pelbagai. Mungkin tak perlu saya sebutkan satu-satu, (err, kerana bukanlah tujuan saya menulis post ni untuk menyenaraikan watak-watak tersebut), tetapi cukuplah saya katakan penangan watak-watak adiwira ni berjaya membuatkan saya berangan-angan juga nak jadi seperti mereka suatu hari nanti..
Masa berlalu dan akhirnya saya membesar.. Dan semakin banyak yang saya lihat dan belajar..
Berteraskan logik bahawa saya tak mungkin akan dapat menjalani kehidupan seperti watak adiwira kesayangan saya (err, mungkin saya mengharapkan ada power ke, cam otromen tu) maka akhirnya angan-angan saya semakin lama, semakin dilupakan..
TAPI..
Betulkah saya takkan boleh menjadi seperti watak adiwira kesayangan saya yang boleh menyelamatkan orang di kala memerlukan pertolongan, sentiasa kuat physically dan mentally?
Saya kira ramai yang akan senyum-senyum tatkala membaca entry saya ni..
Mungkin juga ramai yang tergetus persoalan, " Adakah tuan blogger ni betul-betul nak membicarakan persoalan picisan ni dengan kami? Apakah?! "
Begini sebenarnya..
Bila menempuh jalan dakwah dan tarbiyyah ni, saya tak dapat menafikan betapa sebenarnya saya sangat bersyukur kerana Allah menyuluhkan hidup saya dengan cahaya yang saya tak pernah dapat sebelum ni..
Cahaya menuju jalan kebenaran; redhaNya..
Yang menunjukkan saya yang mana putih, hitam dan kelabu..
Yang telah menarik dan menyucikan saya dari lumpur jahiliyyah yang mana ramai orang sedang sibuk bermain dengannya..
Dan saya akui, bila mana Allah telah memberikan cahaya tersebut, tidak dapat tidak, saya kena juga berusaha bersungguh-sungguh menjaganya, sebagai cara untuk menyatakan rasa kesyukuran terhadap nikmat terbesarNya ini..
Tapi daie itu juga manusia..
yang tak pernah terlepas dari bisikan syaitan dan hawa nafsunya..
Maka akan ada masa dan ketikanya, daie itu akan jatuh tersungkur, lagi dan lagi, atas jalan yang sumpah panjang dan berduri ni..
Sama macam watak power ranger yang kadang kala kalah, tersungkur bergolek-golek tatkala di 'fire' raksasa super jahat..
Saya juga begitu..
Selalu menghadapi kesukaran untuk bermujahadah..
Struggle yang sangat kuat sampaikan kadang kala saya sendiri tewas..
Ada juga ketikanya sampai saya merasa 'suffocated' dgn struggle yang saya sdg hadapi..
Rasa tak larat dan tak mampu..
Allahu Allah..
Air mata mengalir perlahan..
Dan syaitan akan terus membisikkan perasaan putus asa dan perasaan "Ekeleh, kau nak jadi daie lagi ke sekarang ni?? Ala-ala power ranger yang cukup gagah menentang musuhnya tu ke? Forget it, that's crap.. *Evil grin* "
Kalau ikut perasaan, mungkin saja saya takkan ada lagi di jalan ni..Naudzubillah... T_T
Tapi saya kira, mungkin sebenarnya ujian-ujian yang Allah kirimkan ni merupakan satu cara untuk Allah menunaikan hajat saya..
Granting my wish to be a power ranger.. :)
Kerana apa??
Kerana hakikatnya..
Seorang daie tu kena kuat, biar sehebat manapun ujian yang melanda..
Seorang daie tu kena sabar, biar sekuat mana pun dugaan melambai-lambai ke arahnya..
Seorang daie tu kena bermujahadah, biar sekencang mana pun taufan bisikan syaitan dan hawa nafsu melanda..
Bukankah sama macam watak power ranger yang saya idamkan tu?
*Senyum sorang-sorang*
Thank you Allah for this blessing of tarbiyyah..
p/s : Sdg bermujahadah, Allah is trying to make me strong by testing me with my weakest point.. Doakan saya terus kuat.. JZKK..
No comments:
Post a Comment