Friday, July 8, 2011

Turn the sour lemon into sweet drink..

Aku cuba mencari ibrah di sebalik apa yang berlaku kepada aku..
sememangnya, sebagai manusia yang lemah,
aku tak mampu menduga,
apakah percaturan yang sedang Allah aturkan dalam hidupku..

Setiap kali selepas solat, aku bertanya kepadaNya..
"Wahai Allah..
sesungguhnya aku tak dapat menduga apakah yang sedang cuba Kau aturkan dalam hidupku..
sesungguhnya aku tak tahu apa yang Engkau cuba susunkan untukku..
namun aku tahu..
Engkau yang Maha Mengetahui masa depanku..hidupku..hatiku..
dan aku yakin..
Engkau takkan pernah menzalimi hambaMu..
walaupun sekali.."

Hari ini..
aku memandang kucingku,ibu kucing yang baru saja kehilangan 4 ekor anaknya..
(mungkin tak perlu aku sebutkan apa yang berlaku kepadanya)
aku dapat merasakan, barang kali si ibu kucing ini sedang dalam kesedihan..
berkali-kali dia memanggil anak-anaknya..
tapi tiada sahutan..

walaupun dia kucing,
namun sebagai tuan yang membelanya, menjaganya..
aku turut merasa kasihan melihat si ibu kucing itu..
terdetik di hatiku,
"Kalaulah aku boleh buat sesuatu utk gembirakan kau, tentu aku akan cuba.."

Aku bertanya pada diriku sendiri...
Wahai diri..apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan pada kamu??
Apa yang Allah nak ajarkan pada kamu tentang ibu kucing ini?
Carilah ibrahnya..

Lantas..
Aku terfikir sesuatu..
Aku cuma insan biasa..
yang sifat penyayangnya hanya sekelumit cuma..
jika hendak dibanding dengan Allah Yang Maha Penyayang...

Sedangkan aku sendiri yang membela si ibu kucing,
yang baru beberapa bulan di rumah,
sudah bersedih memikirkan nasib si ibu kucing..

inikan pula Allah yang telah menjaga aku..
sejak aku belum membuka mataku melihat dunia ini lagi..
sudah tentu Dia tak mahu aku bersedih..
dengan ujiannya..


Aku yakin..
Dia sedang membuka ruang untuk aku lebih dekat denganNya..

Insya Allah..

Thursday, July 7, 2011

Maafkan aku..

Allah..

Maafkan aku..

Kerana aku tak kuat menerima dugaanMu..


Allah..

Maafkan aku..

Kerana aku tak dapat bersabar pada hentakan pertama..


Allah..

Maafkan aku..

Kerana hatiku terguris dengan ujianMu..


Allah..

Maafkan aku..

Kerana aku bukan hambaMu yang baik..


Allah..

Maafkan aku..

Maafkan aku..

Maafkan aku..


Sahabat..

Aku bersyukur kepada Allah..

Kerana Dia mengurniakan aku nikmat yang terlalu besar..

Yang tak pernah terlintas di fikiran..


Tapi sahabat..

Maafkan aku..

Kerana aku tak dapat bersabar..

Kerana aku menitiskan air mata..

Kerana aku tak dapat menahan tangisanku..

Pada saat ujian datang bertamu..


Andai sahabat kecewa..

Maafkan aku..

Kerana aku insan biasa..

Yang masih bertatih di jalan yang penuh berduri ini..

Monday, July 4, 2011

Aku perlu Kamu...

Yunus, 10:94
Maka jika engkau(Muhammad) berada dalam keragu-raguan tentang apa yang kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang yang membaca kitab sebelummu. Sungguh, telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau termasuk orang yang ragu,

Yunus, 10:95
dan jangan sekali-kali engkau termasuk orang yang mendustakan ayat-ayat Allah, nanti engkau termasuk orang yang rugi.

Yunus, 10:103
Kemudian Kami selamatkan rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman, demikianlah menjadi kewajiban Kami menyelamatkan orang yang beriman.

Yunus, 10:107
Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak karunia-Nya. Dia memberikan kebaikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Yunus, 10:109
Dan ikutilah apa yang diwahyukan kepadamu, dan bersabarlah hingga Allah memberikan keputusan. Dialah hakim yang terbaik.