Bagaimana amannya keadaan waktu itu..
Spread the Love
Atas rasa cinta...
Wednesday, May 2, 2012
Kerinduan itu..
Bagaimana amannya keadaan waktu itu..
Saturday, January 28, 2012
Hakikat yang kita selalu lupa...
Sunday, January 1, 2012
Kembara bumi Andalusia, Sepanyol 2

Day 2-Seville:bumi yang membuahkan pelbagai rasa..
Haaa, meh nak sambung story trip ke Spain ni..
Setelah penat dan bermalam di hostel di Seville ni, pagi esoknya, kami berenam pun memulakan kembara penjelajahan kami di bandar ni pula. 2 tempat yang kami tuju: Alcazar the fortress dan Giralda.
Haaaa, Alcazar ni, kubu pertahanan tentera Islam+istana. Besar, dan mengagumkan. Sebelum kami menjelajah lebih jauh lagi dalam kawasan ni, salah seorang sister telah berkongsi kisah dengan kami.
Di Alcazar ni, ada suatu sudut, namanya “The Courtyards of the Maiden” (baca: Patio de las Doncellas) yang mana dikaitkan dengan satu legend. Penganut2 Kristian mendakwa, bahawa tentera Islam menuntut 100 orang anak gadis (baca:maiden) daripada kerajaan Kristian di Iberia sebagai bayaran jizyah.
Spontaneous, terpacul dari mulut saya: "Tak, diorg tipu! Bohong!"
Kerana apa?
Kerana kita tahu dan yakin, Islam tak akan pernah mengajar umatnya menganiayai orang lain, biarpun berlainan agama.
Tapi apa signifikannya story tentang Patio de las Doncellas ni?
Legend ni menjadi titik tolak penganut2 Kristian menjayakan bersungguh2 Reconquista movement.
Reconquista???
Apakah??
OK, saya story sikit je lah ye pasal Reconquista ni, sbb pjg critanya. Kalau nak tahu lebih lanjut, Inche Google sedia berkhidmat.Eh..=D
Secara umumnya, Reconquista ni adalah gerakan pihak Kristian menawan semula kawasan2 di Andalusia yang berada di bawah penguasaan Empayar Islam. Mereka menggunakan legend Patio de las Doncellas untuk menimbulkan kesedaran kpd penganut2 kristian bahawa mereka harus bangkit, demi nasib dan masa depan mereka.
Pada saat saya menulis ni, terdetik dalam hati saya, “Oh, ramai orang tak tahu cerita benar, diorang ditipu...”
Tapi kemudian saya terfikir lagi.
"Tapi, kalau pun orang2 bukan Islam sekarang, melihat akhlak umat Islam sekarang, mungkin saja mereka benar2 percaya dengan legend Patio de las Doncellas tu."
...Kerana hakikatnya, umat Islam sekarang tak mencerminkan wajah sebenar Islam..
Teringat saya pada kata2 seseorang yang convert to Islam.
"Kalaulah aku melihat akhlak umat Islam untuk mengenali dan menilai Islam, nescaya aku takkan masuk Islam."
(mode:muhasabah)
Dalam keterkejutan dan kesedihan mendengar crita legend of Patio de las Doncellas ni, saya melangkah, dan melangkah lagi, meninjau2 kawasan istana ni. Bila terpandang je ukiran2 dalam bahasa Arab (wpun saya tak dapat baca details tulisan tu, dek kerana saya ni tak berapa nak celik khat...T_T), saya tersenyum..
Terdetik dalam hati saya, “EH! Islam hebat tau! Istana yang korang sume masuk ni, orang Islam yang buat,tahu! X caya? Tgk tuuuuu..(sambil memandang ukiran2 tu)”
[Senyum nampak gigi....=D]
Haaaa, ni belum habis lagi story di Alcazar ni...
Biasalah, bila mana Kristian dah dapat semula tanah Seville ni, tentulah mereka akan berusaha sehabis daya nak hilangkan kesan2 Islam pernah menguasai tanah ni. Buktinya, dalam kawasan istana ni, ada bahagian yang telah ditambah2 oleh pihak Kristian (eg:fountain yang ada patung2, etc)..
Bila saya masuk je kawasan yang dah ditambah2 ni, rasa macam melangkah ke alam lain pulak..beza sangat, kontra yang ketara antara seni bina Islam dan Kristian.
Ya, memang Islam tak membenarkan hiasan berupa patung2..
Berbeza dgn masyarakat barat yang mungkin menganggap sculpture2 yang halus ukirannya tu lah yang menjadikan sesuatu tmpat cantik.
Kalau dilihat di kubu2, istana2, semuanya hiasan bermotifkan bunga, ataupun ukiran2 khat yang mencoretkan ayat2 Quran, atau puji2an kpd Allah..Tapi, pun begitu, hasil binaan kesenian Islam masih mampu menyinar, cantik..=)
Hakikatnya, satu benda yang saya belajar dari seni bina ni =
--Apa yang majority manusia anggap cantik tu, tak semestinya cantik pada pandangan Allah.. Dan hakikatnya, Allah yang mengizinkan kita untuk melihat suatu seni tu cantik..
***
Haaa, dah penat jalan2 di Alcazar, kami ke Giralda pula, yang kini dikenali sebagai Bell Tower, situated juz opposite of Alcazar...
Nak tau story Giralda pula??? =D
Meh datang dekat, nak crita ni..
Giralda ni asalnya minaret, untuk melaungkan azan semasa zaman empayar Islam berkuasa. Bila tiba time nak azan je, akan ada seseorang yang akan menunggang kuda, naik ke Giralda ni untuk melaungkan azan..
Tapi yang sedihnya, sekarang, setelah Kristian ambil alih, Giralda bukan lagi tempat untuk melaungkan azan, bukan lagi tempat yang dapat menghebahkan kalimah2 Allah, sebaliknya dijadikan Bell Tower yang merupakan sebahagian daripada kawasan Cathedral de Seville.. T_T (rujuk gambar di atas.)
Selesai kisah di Giralda, skrg nak cari tempat makan lunch pula...
***
Pusing punya pusing, ada la restoran yang serve seafood paella (paella ni makanan trad Spanish, made from rice)..Haaa, ada story best kat sini..
Best tu bukan la sebab dapat makan paella tu, tapi, best sebab jumpa seorang muslim lady yang jadi waitress kat restoran ni. Namanya Malika.
Malika ni tak pandai cakap English sangat...
errr, dan memang kami ada masalah nak communicate. (-_-')
Tapi apa yang mengharukan saya, Malika ni, memang nampak sangat gembira bila jumpa kami.
Riak wajahnya, senyumannya, layanannya, tingkah lakunya...
Seolah2 nak menggambarkan pada kami rasa excited dan terujanya dia dapat berjumpa muslim girls lain, setelah mungkin sekian lama dia hidup dalam komuniti masyarakat Kristian di Seville.
Sambil buat gaya dengan tangannya, (ala2 cam nak pakai tudung), Malika beritahu kami, sewaktu kerja, dia x dibenarkan bertudung.
Dia pandang kami, pandangan seribu makna..
Saya faham, barang kali, dia terpaksa melakukan sedemikian untuk cari rezeki untuk keluarganya..
Salah seorang dari kami bercakap, (let say si A)"Kesian dia kan, terpaksa buka auratnya..."
Seorang lagi menjawab (si B), "Hurm...kalau dah buka tudung tu, susah nak pakai balik."
Si A jawab pula, " Awak, kita kena faham situasi dia. Mungkin dia benar2 terdesak dan terpaksa, dalam komuniti masyarakat sebegini, yang boleh dikatakan agak sensitif bila sebut tentang Islam, bila lihat orang bertudung. Mungkin dia mangsa keadaan di sini.Mungkin dia tak dapat kekuatan lagi.."
Malika berkali2 tanya kami, tentang Quran, adakah kami membacanya? Punya semangatnya Malika ni, wpun x brapa fasih cakap inggeris, dia sanggup tulis atas tisu, apa yang dia maksudkan.
(p/s:saya masih simpan kertas tisu tu..)
Bahkan, dia sanggup panggil kawannya yang juga waitress, tapi fasih berbahasa inggeris utk tlg translate apa dia nak cakap kpd kami. Subhanallah, rasa nak mengalir air mata jumpa dia ni.
Mungkin certain orang akan tertanya2, eh, jumpa waitress muslim je kot. Apa nak mengharukan pulak?
Hurm..bagi saya, saya tersentuh dengan kesungguhan Malika, untuk berbicara dengan kami...
Dengan bahasa yang berbeza, kami masih boleh memahami satu sama lain.
Kerana Allah mengizinkannya berlaku..
Satu lagi rasa yang terdetik dalam hati saya tatkala mengetahui Malika terpaksa tidak bertudung untuk bekerja, ialah:
"Alangkah bagusnya kalau ada ramai Muslim macam Saidina Abu Bakar radiallahu anhu yang kaya raya."
Nak tahu kenapa?
Mungkin dengan adanya orang2 macam ni, wanita2 muslim macam Malika tak perlu lagi bekerja di tempat2 yang mendiskriminasi haknya untuk menutup aurat, sebab orang2 kaya ni mampu provide pekerjaan mereka.
Dah selesai makan tu, kami siap2 amik wuduk di “aseos” (baca:toilet) restoran tu. Saya orang paling last amik wuduk. Tgh2 amik wuduk tu, tetiba ada orang ketuk pintu, “Bueno??Desperado!”
Aiyyoooo..saya baru masuk, dan dah buka tudung ni..
Saya pun segera berwuduk, dan keluar. Bila keluar je, seorang mak cik yang tgh tggu toilet tu, tepuk tangan, dan cakap dengan kuat serta ketawa: “Hallelujah!”
Entahlah,saya merasakan mak cik tu nak ejek saya. Mungkin sebab dia nampak seorang muslim girl yang bertudung keluar, maka dia pun tepuk la tangan kuat2..
Dan saya berlalu dengan hati yang panas membara..berasap!
Saya keluar lalu mengadu dengan kawan2 yang lain. Tapi yelah, bila tengah marah, nasihat apa pun susah nak masuk.
Seorang sahabat ni cakap: “Ooh, biar je lah dia..”
Hurm, tapi dek kerana iman yang tengah nipis tahap kulit bawang, dan syaitan yang mencucuk2, akhirnya, terpacul dari mulut saya dengan nada marah; “Awak tak kena, boleh la!!”, lantas berjalan mendahului semua orang...
Maka syaitan bersorak gembira..
Dan bunga2 ukhuwah yang baru nak berkembang hampir saja layu..kering..
Astaghfirullahalazim....
Mudah betul saya melenting..
Cepat benar saya melatah..
Tengah berjalan seorang diri tu, teringat ayat Allah tentang salah satu ciri Ibadurrahman..
Allah kata :
"Adapun hamba-hamba Tuhan yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka, (dengan kata2 yang menghina), mereka mengucapkan, "Salam"... " (al-Furqan, 25:63)
Mengucapkan salam, perkataan yang baik...
Bukannya melepaskan kemarahan kpd orang lain, tahu??
Ok...rasa malu dgn diri sndiri..T_T
Kami jalan lagi, wpun dalam suasana agak tegang tu, masuk ke sebuah kedai baju (sbb nak solat di fitting room kat situ.) Hurm...rupanya, banyak Allah nak ajar..Hakikatnya, selain ciri2 Ibadurrahman tadi tu, ada satu lagi yang Allah nak ajarkan pada saya.
Nak tau apa?
Ukhuwwah...
***
Camni ceritanya..bila dah solat tu, kami tgk2 baju. Saya ni pulak muka masih laaaa muncung, boleh disangkut hanger!
Tapi, time muncung2 tu, roomate saya yang turut menyertai trip kami ni seakan2 memperlihatkan sisi dirinya yang lain.
Huh??
Mesti pembca nak cakap, "Ok, x faham..." =D
Sebabnya, saya tau, dia bukanlah seorang yang ala2 sweet2 gitu..dia jenis orang yang straight forward, dan x terlalu hiperbola kalau dikatakan, dia seorang yang tidak begitu expressive(ni berdasarkan pemerhatian saya).
Tapi la kan..nak cakap betapa dia berusaha nak gembirakan saya balik, dia amik baju kat rak2 tu, dan acu2 kat saya. Saya pulak yang pelik, eh budak ni??
Bila fikir2 balik, kadang kala, kita ni, mungkin bukan pun jenis orang yang sweet ke, apa ke, tapi dek kerana ukhuwwah, maka kita gagahkan juga diri ni untuk jadi sweet, untuk hiburkan sahabat kita..=)
Ukhuwwah kerana Allah...
Akhirnya, petang tu, kami ke bus station Seville untuk ke bumi seterusnya, Cordoba!
Seville-rasa yang bercampur baur....Aaaah, hari yang cuuuuuuuukup panjang!
Next post: Mengharap suria di Cordoba! =)
Saturday, December 31, 2011
Kembara bumi Andalusia, Sepanyol

Alhamdulillah,Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah yang mengizinkan saya menjejakkan kaki ke bumi Andalusia, di bahagian selatan Sepanyol.
Baru 2 hari pulang dari kembara di bumi Andalusia, bumi bertuah yang pernah menerima sentuhan sinar Islam. Macam2 pengalaman yang manis dan tak kurang juga yang x brapa nak manis, semanis susu cam f&n yang dapat dirasakan sepanjang kembara ni.
Alhamdulillah atas segala rasa, reflection yang Allah izinkan saya untuk experience..
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
Kerana apa?
Kerana sangat ramai orang yang kat luar sana pun berjalan2 juga, ke UK, Spain, Portugal, Egypt, etc..
Tapi berapa ramai yang berusaha mengambil pengajaran dan reflection dari jalan2 mereka?
Oooops, dont get me wrong ye..=D
Apa yang dimaksudkan is,bukanlah jalan2 saya ni yang terbest, terbaek, etc..Tapi, kepentingan menggunakan segala peluang yang ada untuk cari apa sebenarnya yang Allah nak ajar dalam jalan2 kita ni..
WHY? Supaya jalan2 kita tak la sesia..=) Mudah2an, insya Allah ada sahamnya di sisi Allah, insya Allah..=)
Hakikatnya, mungkin tak terlalu hiperbola jika saya katakan, keputusan untuk mengembara ke bumi Andalusia-kembara ke bumi permata Islam yang pernah menyinar suatu ketika dahulu, satu keputusan yang tak akan saya sesali, insya Allah.
Bercerita tentang Andalusia, ada 8 provinces di Andalusia, namun cuma 4 provinces yang kami lawati di sini iaitu Malaga, Seville, Cordoba dan Granada. Masing2 punya cerita tersendiri, yang insya Allah akan saya kongsikan bersama. =) Tapi, untuk post kali ni, cukuplah saya story-mory tentang Malaga je ok. =D
Nak tau tentang cerita2 di provinces yang lain? Hehe, tungguuuuuuu.... ^_^
Hari pertama-Malaga, kami datang!
Selamat mendarat di Malaga Airport, mencari tempat untuk simpan beg2 check in kami. Alhamdulillah, nasib baik jumpa di Malaga train station..Fuuuuh....Kalau x...Huhu, terpaksa la kami angkut sekali beg2 tu nak berjalan2 di Malaga ni.. T_T
Biasalah, bila mana muslim girls berjalan dalam komuniti masyarakat Sepanyol ni, mereka tgk pelik la...Tapi, apa yang paling manis, pada saat kami tgh cuak2 orang tgk pelik kat kami, keluar saja dari train station, seorang lelaki muslim (saya rasa dia salah seorang penduduk di Malaga ni), beri salam pada kami..
3 tempat yang kami lawati di Malaga; pantai Malaqueta, Castle of Gibralfaro dan Alcazaba (Alcazaba=kubu pertahanan umat Islam). Tapi, cukuplah saya bercerita tentang Castle of Gibralfaro dan Alcazaba saja ye...=)
Nak naik Castle of Gibralfaro dan Alcazaba ni, kena panjat bukit yang tinggi..tinggi dan steep! Huhu...tak dinafikan, memang la penat, ya Allah! Saya terfikir, isy, hebat ek tentera2 Islam ni, mesti mereka sume fit2 belaka, yelah nak panjat bukit tinggi2 camni, setiap hari. Bila nak kena turun bukit sebab, cthnya ada urusan penting ke, eg: kena berkawal di kawasan bawah bukit ke, maintain je...One of the mutabaah amal : Tubuh badan yang sihat...T_T
Akhirnya, daki punya daki, panjat punya panjat, sampai la kat puncak bukit ni, di mana terletaknya Castle of Gibralfaro dan Alcazaba. Memang la sangat puas, akhirnya dapat sampai puncak ni. Sungguh, memang dari sini, nampak full view of Malaga, dari laut Malaqueta yang kami pergi tu, bandarnya, rumah2nya, bukit2nya, everything..Patutlah kena bina kat tmpat tinggi, baru lah nampak semua, senang la nak berkawal kalau musuh datang.
Lama saya renung, tatap setiap kawasan di Castle of Gibralfaro dan Alcazaba ni. Alhamdulillah, Allah masih lagi pelihara kawasan ini, yang mungkin hikmahnya, hari ni, saya dapat melihat betapa hebatnya strategi ketenteraan Islam dulu. Betapa gahnya tamadun Islam sampai dapat bina Castle yang besar sebegini.
Jalan punya jalan kat Castle dan Alcazaba ni, dah petang. Alamak, kat mana nak solat Zohor dan Asar ni?? Aiyoooo... Alhamdulillah, akhirnya, jumpa satu corner yang boleh kami buat tempat solat. Hakikatnya, agak cuak dan takut nak solat secara open di Sepanyol ni. Nak tau kenapa??
Sebab ni berdasarkan pengalaman seorang sister yang ikut trip kami ni. Dia dan kawan2nya (mereka ramai time tu) solat di Mezquite di Cordoba, itu pun kat tmpat lapang, bukannya kat dalam Mezquita yang dah jadi Church tu, datang security guard dan haling mereka solat(If i’m not mistaken, security guard tu pijak tmpat solat mereka).
Dalam keadaan takut2 dan cuak2 tu, terdetik dalam hati saya, rasa sedih. Di Castle of Gibralfaro dan Alcazaba inilah, tentera Islam dulu solat. Atas bumi inilah..Pada saat mereka dahulu boleh solat secara trbuka,tiada siapa pun nak marah/halang, kini kami terpaksa solat dalam keadaan takut2..Subhanallah, sedih memikirkan hal tu..T_T
Dah jalan2 di Malaga, kami ke bus station untuk ke province seterusnya, Seville yang perjalanannya ambil masa almost 2 or 2.5 hours. Masa tunggu bus tu, kami cari makanan untuk dinner, since bila kami sampai di Seville tu, dah malam dan penat.
Haa, meh nak cerita tentang nak cari food ni..Alhamdulillah, jumpa 1 kedai yang serve kebab halal. Saya ambil satu snack ni, yang tulis vegetarian. Time nak bayar tu, sungguh2 mak cik tu cakap dalam bahasa Spain, sambil tunjuk2 kat snack tu.
Kawe ni dah la tak paham bahasa Spain..x amik Spanish masa time IB dulu..huhu...Mula la saya buat muka pelik, ala2 nak cakap kat mak cik tu:"mak cik, i duno Spanish la, speak malay or english, then only i understand mak cik..."
Mak cik tu sungguh2 lagi cakap, sambil buat gaya cam orang melayu nak suap makanan dalam mulut tu, sambil geleng2 kepala...Ohhh, baru la faham, tak boleh makan rupanya snack ni. Tapi saya bertambah pelik lagi,lantas dengan pengetahuan yang secotet tntang bahasa spanish ni(sbb dulu tgk cerita2 spanish tu, =p), “Pero, vegetarian?” sambil tunjuk kat label vegetarian tu..
Mak cik tu ambil snack tu dan baca ingredientsnya..Dia sebut la satu2, akhirnya dia stop kat satu perkataan ni, “Si, Jamon”...Ah sudah, Jamon ni apa pulak? Haaaa, bila dah beberapa hari duduk Spain, baru saya tau Jamon tu apa.
Jamon=ham...Alhamdulillah, nasib baik Allah hantar mak cik ni...Alhamdulillah sebab Allah gerakkan hati mak cik ni utk beritahu saya yang x fhm spanish ni...boleh jadi je mak cik ni x kesah pun, janji dia dapat duit...
Tapi Allah masih mengirimkan dia untuk saya..Thanks mak cik, gracias...=D
Dah selesai tu, kami naik bus, perjalanan yang cukup panjang ke Seville..dan kami akhiri hari kami dengan bermalam di hostel di Seville.
Hari esok menanti lebih banyak lagi pengalaman di bumi Seville...yang menimbulkan pelbagai rasa, gembira, terharu, sedih, marah...nak tau kenapa? Haaaa, tunggu next post...=D
(p/s: sori la, panjang sangat post ni...sekadar berkongsi rasa, saya takut pengalaman yang mungkin once in a lifetime ni akan hilang cam tu saja kalau saya tak start tulis...Jazakillah kerana bersabar membaca...^_^)
Thursday, December 29, 2011
Ni lebih sweet dari sume movie yang sweet wooo!

Fuh...fuh...fuh...(meniup2 laman blog yang dah lama bersawang...)
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih mengirimkan kekuatan, untuk saya menulis. Masih memberikan kesempatan waktu untuk berkongsi mengenai apa yang saya peroleh, sepanjang kembara ke bumi UK dan Spain.
Insya Allah, untuk edisi pertama perkongsian ini, saya nak share mengenai satu kisah yang diceritakan seorang sister dari bumi London, UK sewaktu program Perhimpunan Musim Sejuk kami.. Tapi, sori la ye, saya tak ingat bulat2 cam akak tu share, tapi insya Allah, core of the story ni still sama.
Diceritakan, kisah ini berlaku pada zaman Nabi Isa. Waktu tu,kemarau yang teruk, takde air. Maka Nabi Isa dan para pengikutnya bersembahyang dan berdoa beramai2 di sebuah kawasan, memohon hujan.
Tunggu, punya tunggu, hujan tak turun2.
Lantas, Nabi Isa bertanya kepada Allah, “Wahai Tuhanku, Ya Allah, mengapa Engkau tak turunkan hujan, sedangkan kami telah berdoa, meminta kepada Engkau?”
Maka Allah menjawab, “Sesungguhnya, ada di antara pengikutmu yang berdoa ini telah melakukan dosa.”
Lantas, Nabi Isa bertanya kepada pengikutnya, “Keluarlah sesiapa di antara kamu yang telah berbuat dosa, kerana sesungguhnya Allah tidak akan memperkenankan doa kita dengan adanya orang ini.”
Haaaa...cuba teka, ada tak yang bangun???
Jeng3...mestilah takde!
Cuba bayangkan kalau kita berada dalam situasi yang sama, mesti akan terbisik dalam hati kita, “Uisy, harap2 ada la orang lain yang bangun...Ohhh, please, malunya nak bangun kalau akulah orang yang Allah maksudkan tu!”
Mereka menunggu lagi, dan lagi..takda juga orang yang bangun.
Namun, tau tak adik2, dalam kelompok manusia yang berdoa tu, ada seseorang dari kalangan mereka, yang berdoa, senyap2 dalam hatinya...
“Ya Allah, sesungguhnya,sudah 40 tahun aku melakukan dosa..Dan selama 40 tahun itu juga, Ya Allah, Kau menjaga aibku..Kau tidak mendedahkannya kepada sesiapapun..Ya Allah, untuk kali ini, aku pohon Ya Allah, ampunilah dosaku Ya Allah, dengan rahmat dan kasih sayangMu..”
Maka seketika kemudian, Allah memberitahu Nabi Isa bahawa permintaan mereka untuk hujan telah dimakbulkan.
“Wahai Isa, ketahuilah sesungguhnya, permohonan kamu meminta hujan telah dimakbulkan. Ketahuilah ada seorang hambaKu dari kalangan kamu yang telah berdoa kepadaku dengan tulus ikhlas, maka aku kabulkan permintaannya.”
Nabi Isa sangat gembira, lantas bertanya lagi kepada Allah.
“Ya Allah, beritahulah aku siapakah orang itu, agar aku dapat bergembira bersamanya, kerana ampunanMu keatasnya.”
Haaaaa, pastu, nak tau tak Allah jawab apa?? =) Ni yang best ni!
Allah jawab, “Wahai Isa, ketahuilah, sesungguhnya, selama 40 tahun dia melakukan dosa, Aku masih menutup aibnya. Maka, takkanlah sekarang, pada saat ini, setelah Aku mengampuninya, Aku mahu membuka aibnya?”
Dan akhirnya, Allah menurunkan hujan tanpa ada sesiapa pun yang bangun...=)
Subhanallah...apa perasaan semua orang?
Terharu x baca kisah ni?
Sweet kan Allah?
Pada saat saya dengar kisah ni, rasa terharu sangat...
Ya, memang sangat betul apa yang berlaku dalam kisah ni. Selama hampir dah berapa tahun kita hidup, pernah tak Allah buka aib kita, dosa2 kita kepada orang lain?
Betapa Ar-Rahmannya Allah itu, sampaikan dia jaga aib kita, daripada orang lain tahu, walau sebesar manapun dosa kita.
( mode:Istighfar...)
Pernah tak kita bersyukur dengan nikmat ini? Selalukah kita berterima kasih pada Allah atas rahmatNya ini? Mungkin juga,kita dah x rasa pun bahawa selama kita hidup ini, Allah yang menjaga aib kita. Kita x sedar..
Betapa banyak nikmat yang kita dapat setiap saat, setiap detik, atas rahmat dan kasih sayang Allah..Tapi berapa banyak kali pula kita mengucapkan syukur kepada Allah, atau sekurang2nya, terbisik dalam hati kita rasa untuk berterima kasih kepada Allah?
(mode:Istighfar...)
Saya tinggalkan persoalan ni untuk renungan kita bersama..
(p/s: Ayuh, kita tanamkan azam dan berusaha untuk menjadi hambaNya yang bersyukur? Masih belum terlambat lagi...=D )
Thursday, August 4, 2011
Fly
"Uish..akak, bestnya dah nak fly!!"


