Wednesday, September 26, 2012

Power ranger..

Saya nak mulakan post hari ni dengan satu 'poll'..
Jeng3...

"Siapa yang suka tgk cerita adiwira masa zaman kecik-kecik dulu, eg : Otromen ke, Eksen Kamen ke, go go Power Rangers ke, etc (ok, x larat nak tulis, banyak sangat..)?

Saya kira ramai antara kita, (mungkin juga setiap dari kita) tak pernah terlepas daripada mengagumi watak adiwira yang pernah kita tonton suatu ketika dahulu..

The same goes to me. 
Zaman kanak-kanak saya dipenuhi dengan watak-watak adiwira yang pelbagai. Mungkin tak perlu saya sebutkan satu-satu, (err, kerana bukanlah tujuan saya menulis post ni untuk menyenaraikan watak-watak tersebut), tetapi cukuplah saya katakan penangan watak-watak adiwira ni berjaya membuatkan saya berangan-angan juga nak jadi seperti mereka suatu hari nanti..

Masa berlalu dan akhirnya saya membesar.. Dan semakin banyak yang saya lihat dan belajar..

Berteraskan logik bahawa saya tak mungkin akan dapat menjalani kehidupan seperti watak adiwira kesayangan saya (err, mungkin saya mengharapkan ada power ke, cam otromen tu) maka akhirnya angan-angan saya semakin lama, semakin dilupakan..

TAPI..

Betulkah saya takkan boleh menjadi seperti watak adiwira kesayangan saya yang boleh menyelamatkan orang di kala memerlukan pertolongan, sentiasa kuat physically dan mentally?

Saya kira ramai yang akan senyum-senyum tatkala membaca entry saya ni..
Mungkin juga ramai yang tergetus persoalan, " Adakah tuan blogger ni betul-betul nak membicarakan persoalan picisan ni dengan kami? Apakah?! "

Begini sebenarnya..

Bila menempuh jalan dakwah dan tarbiyyah ni, saya tak dapat menafikan betapa sebenarnya saya sangat bersyukur kerana Allah menyuluhkan hidup saya dengan cahaya yang saya tak pernah dapat sebelum ni..

Cahaya menuju jalan kebenaran; redhaNya..
Yang menunjukkan saya yang mana putih, hitam dan kelabu..
Yang telah menarik dan menyucikan saya dari lumpur jahiliyyah yang mana ramai orang sedang sibuk bermain dengannya..

Dan saya akui, bila mana Allah telah memberikan cahaya tersebut, tidak dapat tidak, saya kena juga berusaha bersungguh-sungguh menjaganya, sebagai cara untuk menyatakan rasa kesyukuran terhadap nikmat terbesarNya ini..

Tapi daie itu juga manusia.. 
yang tak pernah terlepas dari bisikan syaitan dan hawa nafsunya..

Maka akan ada masa dan ketikanya, daie itu akan jatuh tersungkur, lagi dan lagi, atas jalan yang sumpah panjang dan berduri ni..

Sama macam watak power ranger yang kadang kala kalah, tersungkur bergolek-golek tatkala di 'fire' raksasa super jahat..

Saya juga begitu.. 
Selalu menghadapi kesukaran untuk bermujahadah..
Struggle yang sangat kuat sampaikan kadang kala saya sendiri tewas..
Ada juga ketikanya sampai saya merasa 'suffocated' dgn struggle yang saya sdg hadapi..
Rasa tak larat dan tak mampu..

Allahu Allah..
Air mata mengalir perlahan..

Dan syaitan akan terus membisikkan perasaan putus asa dan perasaan "Ekeleh, kau nak jadi daie lagi ke sekarang ni?? Ala-ala power ranger yang cukup gagah menentang musuhnya tu ke? Forget it, that's crap.. *Evil grin* "

Kalau ikut perasaan, mungkin saja saya takkan ada lagi di jalan ni..Naudzubillah... T_T

Tapi saya kira, mungkin sebenarnya ujian-ujian yang Allah kirimkan ni merupakan satu cara untuk Allah menunaikan hajat saya..

Granting my wish to be a power ranger.. :)

Kerana apa??

Kerana hakikatnya..
Seorang daie tu kena kuat, biar sehebat manapun ujian yang melanda..
Seorang daie tu kena sabar, biar sekuat mana pun dugaan melambai-lambai ke arahnya..
Seorang daie tu kena bermujahadah, biar sekencang mana pun taufan bisikan syaitan dan hawa nafsu melanda..

Bukankah sama macam watak power ranger yang saya idamkan tu?

*Senyum sorang-sorang*

Thank you Allah for this blessing of tarbiyyah..

p/s : Sdg bermujahadah, Allah is trying to make me strong by testing me with my weakest point.. Doakan saya terus kuat.. JZKK..


Friday, September 21, 2012

Bulatan gumbira?

Baru saja sampai ke rumah setelah berjumpa hadek2 terchenta di student accommodation yang nun jauh di sana..

Ok tarik nafas..hembus..
breathe in...
out...
in...
out...

...

Masih dalam mood terkejut dan terkedu dengan apa yang baru saya hadapi sebentar tadi..
Pening kepala pun ada jugak dibuatnya..

Sungguh, memang Allah nak tarbiyyah saya ni..

Sebenarnya saya berjumpa hadek-hadek terchenta untuk mengambil peluang cepu emas menawarkan tawaran paling hebat seumur hidup, hehe, menyertai bulatan gumbira..

Wahaha!

Errr...

Berjumpa dgn 2 hadek pertama..Mula-mula everything goes smoothly..
Tiba-tiba, saat saya menawarkan bulatan gumbira, salah seorang hadek ni bertanya kepada saya soalan yang cukup advance.. (Soalan apa tak perlu lah saya tuliskan ye)
Malah, setelah mengetahui background hadek tersebut, saya bertambah cuak nak bawa dia dalam bulatan gumbira ni..

Subhanallah..

Saya tahu Allah nak tarbiyyah saya melalui hadek tu..

Boleh saya katakan hadek tu jauh lebih baek dari saya..
Sampaikan bila dah tahu tentang hadek tu, saya rasa, "err, bole x orang lain yang bawa dia??"

Entahlah..bila saya dah jumpa mereka, seriyes rasa risau dan x tau camna nak bawa mereka..I mean, saya sangat la merasakan saya tak mampu nak bawa mereka. Sampai saya cakap dgn kawan saya, "Err, rasa nak terjun tingkat 2 ni sekarang.."

To be frank, dah lama saya tak bawa bulatan gumbira ni..
The last time pun, kira-kira 2 tahun lalu, tu pun saya rasa tak cukup gumbira dan bahagia..

Sungguh, memang berat amanah ni..
Amanah ummah..

T_T

Rasa nak nanges pun ada skrg, rasa x snang duduk pun ada skrg..

Allah...

Jujur..sebenarnya saya sendiri berasa sangat takut nak membawa bulatan gumbira..Malah saat saya diberitahu saya perlu membawa bulatan gumbira hadek-hadek yang baru tiba ni, saya seperti in denial.

Sungguh, saya tahu tugas ini berat..
Sunnah terbesar baginda Rasulullah SAW..

Air mata mengalir perlahan..

Saya cukup risau, kalau-kalau sayalah yang menjadi asbab, hadek tersebut menjauhi gerabak dakwah dan tarbiyyah..
Kerana saya merasakan saya tak cukup baek untuknya..

Cuma saya tahu, by hook or by crook, i juz have to lead the bulatan gumbira..

Ya Allah, moga Kau sentiasa betulkan niatku..
Tunjukkan aku jalan-jalanMu.."

note : masih lagi dalam perasaan resah gelisah..







Wednesday, September 12, 2012

Insomnia



Insomnia = penyakit tak boleh tidur..

Ever wonder camna agaknya orang yang mengalami insomnia ni?

"Err...mybe x dapat bayangkan kot..sbb x pernah merasai.."

Hehs.. :)

Okay, tukar soalan..

Pernah tak anda minum kopi dan malamnya anda tak dapat tidur sepanjang mlm dek kerana penangan kopi tersebut?

"Huisy, pernah! Macam zombie saya jadinya esok pagi tu..X bole focus nak buat kerja pape langsung.."

Hoho.. ^^,

Sejujurnya saya sndiri pun x pernah lagi mengalami insomnia ni, tp penangan x dapat tidur mlm sebab kena study utk exam, atau siapkan assignment yang deadline nya esok memang cukup mencabar..Boleh stress dibuatnya! Silap hari bulan, sesiapa yang salah cakap sikit je, kena fire macam watak adiwira 'otromen' dgn saya..

Okie dokie, tuan blogger, kami tau insomnia = penyakit x bole tidur..
jadi apa point anda nak bagi tau kami neh?

Hoho.. begini sebenarnya.. :)

Anda tahu ayat Kursi??

"Eh mesti la tau, dah tu nape?"

Haaaaa...

"...Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus menguruskan (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur..." 
                                                           Al-Baqarah, (2:255)

Okeh..
Perasan x, bila kita baca ayat Kursi ni (atau apa-apa ayat Quran yang lain), jarang sekali kita nak appreciate maknanya..

Kita hanya akan baca dan terus baca, lagi dan lagi..
Tapi terlupa utk menghayatinya..

Quran itu diturunkan utk difahami..utk dirasai dlm hati..
Insya Allah, barulah dapat membuahkan amal, kan?
Bak kata omputeh : Inside out.. (chewah!)

Cuba kita fikirkan yea..
Hakikat sebagai hamba, yang sudah semestinya banyak kelemahan, mesti susah nak terus berjaga, dan tak pernah tidur walau sekali pun dalam hidupnya..
Err, mungkin saya patut cakap, bukan setakat susah, tapi MUSTAHIL.. definitely!

Dan hakikat bila mana Allah kata, Dia terus menerus menguruskan hamba-hambaNya, tidak pula mengantuk dan tidak tidur, menggambarkan betapa hebatnya Allah.

Malah, Allah tak pernah walau sekali pun, terlupa nak bagi keperluan kita, eg: the air that we breath in.
Kalau Allah x nak bagi oksigen kepada kita, within 3 minutes, surely we're gonna be in brain death state..

Walaupun ada berjuta2 (errr..mungkin lebih dari itu) makhluknya di seluruh alam ni, bukan setakat Bumi, Galaksi Bima Sakti, makhluk yang dapat dilihat, yang tak dapat dilihat, semuanya Allah tak pernah lupa untuk mencukupkan keperluan mereka...

"Apa yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
                                                            Ar-Rahman (55:29-30)


Huuu.. kita ni, baru setakat assignment tulis essay dua tiga subjek, dah stress, depressed, terlupa ni la, itu la..

The point is, we always take for granted what we already have now..
Sebab mudah-mudah je dapat kan, jadi selalu lupa untuk mensyukuri nikmat Allah.
Nikmat yang Allah berikan, dari sekecil-kecil perkara, hingga sebesar-besar perkara.

Setelah saya menulis panjang lebar ni, JOM, lets make a change.. :)
Kalau dulu jarang-jarang sekali kita nak berterima kasih kepada Allah,
Kalau dulu kita kurang sekali memerhatikan alam sekeliling yang Allah ciptakan untuk penuhi keperluan kita,
Now its the time to change, people!

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati(akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada."
                                                              Al-Hajj (22:46)

Has the time not arrived for you to be a grateful servant?

-Allahu Allah-
TTTTTTT__________TTTTTTT

Note:
Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk terus mensyukuri nikmatNya..







Sunday, September 9, 2012

Compass

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengizinkan saya untuk menulis di blog ni, setelah hampir sekian lama dalam 'silent mode'..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhmadulillah..

Baru saja pulang ke bumi Shamrock seminggu yang lalu..
Bayu lembut menyapa, seakan-akan mengalu-alukan kepulangan saya ke bumi ini, benua asing ini.

Semalam, adik-adik juniors yang bakal memulakan kehidupan baru mereka di sini, selamat tiba.
Usai berjumpa dengan mereka di kediaman masing-masing, saya bersama sahabat saya melangkah pulang ke rumah kami.

Hari ini, Allah menggerakkan hati saya untuk mendengar recording 'compass setting' satu program di Malaysia.. 

...

Compass setting = niat.
Itu yang saya dapat kutip semasa mendengar hampir separuh recording tersebut..

Nampak macam perkara yang sangat mudah, tapi cukup rumit dan besar maknanya..
Dan inilah yang ramai orang selalu lupa, termasuklah saya yang sangat banyak kelemahan ini..

Allah...

Setiap amal ditentukan dengan niat. Besar atau kecilnya nilai amalan itu, semuanya berdasarkan niat.

"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan, (sambil berkata), : Sesungguhnya kami memberikan makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan Allah, kami TIDAK mengharap BALASAN dan TERIMA KASIH dari kamu..."
-Surah Al-Insan, (76:8-9)-

Subhanallah..

Saya reflect kembali perkara yang saya lakukan sehari demi hari..
Berapa banyak kali saya meletakkan Allah sebagai 'ultimate aim' saya dalam setiap perkara yang saya buat?
Berapa banyak kali pula, kepuasan diri, kegembiraan diri secara automatiknya menjadi hal yang paling diutamakan?

Allahu Allah..

Saya tak tahu nak jawab macam mana..

Dalam ayat Surah Al-Insan ni, Allah menceritakan ttg hambanya yang buat everything solely for Him, dan tidak mengharapkan apa-apa balasan pun, hatta ucapan 'terima kasih' pun tidak..

Hanya untuk redha Allah..

Allahu Allah..

Lately, saya perasan..Hati semakin kosong, entah mengapa, gelisah, bagai ada yang tak kena..
Tapi saya tak tahu apa penyebabnya..

"Allah ciptakan hati dengan satu ruang kosong yang hanya boleh diisi olehNya sahaja.."

Nah..itulah jawapannya..

Bila dah hampir 2 tahun di bumi orang ni, kita mengenal tarbiyyah di sini..dan kita mengharapkan agar kita dapat mnyampaikan indahnya rasa tarbiyyah itu kepada orang lain di luar sana yang masih lagi tidak tahu tentangnya.

Dan kadang kala kita lupa, kenapa kita perlu bersusah payah, mendekati adik-adik, sahabat-sahabat kita..

Mungkin juga barangkali kita dah ditanam dengan mindset: "Aku mesti bekerja di sini, meneruskan tarbiyyah..mesti!"

Tapi it ends up, kita tak tahu kenapa kita buat semua ni..

Is it bcoz sejak dulu lagi, tarbiyyah dah wujud di bumi Shamrock ini, maka saya kena teruskan? 
Sebab orang lain pun buat maka saya kena buat?
...
It's very subtle..
...
Mudah untuk L.O.S.T.

Syukur..
Allah mengirimkan recording ini utk saya refresh semula niat saya..
Dalam apa juga perkara yang saya buat..

Dakwah, study, semuanya..

Every single thing of it..

Semoga Allah terus memandu langkah saya, dan kita semua atas jalan dakwah ini..

Tak saya nafikan, susah untuk selalu refresh niat..
hanya semata-mata kerana Allah..

Saya akui, jalan ini takkan pernah mudah,
kerana sunnatullah, jalan ini memang payah dan panjang..

Tapi cukuplah Allah menjadi bekalan atas jalan ini..
Moga Allah redha... :)

"Ya Allah, bimbinglah kami..."