Friday, September 3, 2010

Just me..

Assalamualaikum wbt...
Inilah kali pertama ana mencoret sesuatu di blog ni..sekadar berkongsi cerita, sekadar meluahkan apa yang tak mampu diungkapkan dek bibir dengan kata-kata...yang tak mampu didengari dengan telinga...

Sepanjang minggu ni, merupakan minggu yang hectic utk ana...Hari Isnin, ana ada oral assessment yang akan menyumbangkan markah dalam exam SEM nanti..juga ana perlu menyiapkan Maths Portfolio sekali lagi...Maths, alhamdulillah, ana dapat siapkan... Tapi English oral ana sangat teruk...Ana sedih...Ana fikir....Ya Allah, kenapa Kau tak bantu aku? Pada saat aku meminta-minta kepadaMu, mengapa aku dihampakan? Mengapa Engkau tak menjawab doaku? Ya Allah, aku meminta supaya Kau berlembut kepadaku, bantulah aku...Tapi kenapa begini jadinya?? Aku menangis hiba...mengeluh panjang...melupakan hakikat ana ini cuma hamba yang lemah, dan berhak utk Allah buat apa sahaja..

Ana akui, salah satu punca kenapa ana sangat sedih dengan oral English ana ialah kerana ana rasa ana telah mengguris dan melukakan hati teacher English ana yang sangat ana sayang, dengan oral yang sangat teruk tu...Bagi ana, dia seperti seorang kakak...Dia tempat ana meminta nasihat pada saat ana tak tahu memilih placement...dia tempat ana mengadu dan menangis pada saat ana mendapat placement yang sangat ana cuba elakkan...dia jugalah tempat ana berkongsi kegembiraan pada saat ana dipermudahkan oleh Allah menjawab soalan interview daripada wakil2 universiti oversea tersebut...Itulah sebab ana sangat sayang teacher...

Kemudian, disebabkan oral yang teruk tu, ana tak mahu mengangkat muka di depan teacher, malu dan sedih sangat kerana tak dapat memuaskan hati teacher...kerana mengecewakan teacher yang mengharapkan presentation yang terbaik daripada setiap pelajarnya...Sudah hampir seminggu ana tak menegur teacher, rasa rindu sangat nak menegurnya....bercakap dengannya, walaupun sekadar mengucapkan 'bye teacher' sambil menghantar teacher ke pintu kelas...Betapa Allah menguji ana...

Tetapi,Alhamdulillah, Allah sangat sayangkan ana...dia masih lagi sudi membetulkan kesalahan ana ni...dia sudi menjawab soalan2 ana....Ana sedih, ana terharu..Ya Allah, kenapa kau sangat baik pada aku, walhal aku sangat degil dan selalu memberontak denganMu? Aku tiada nilai di sisiMu, Ya Allah... tapi Kau masih lagi sudi memandang aku yang jarang sekali benar-benar ikhlas menghadapkan diri kepadaMu...Ampunkan aku, Ya Allah, maafkanlah.......maafkanlah....maafkanlah.......

Ana terfikir sesuatu...Alhamdulillah, ana baru sedar hikmahnya Allah menjadikan oral tu seperti yang demikian....Rupanya Allah nak tegur ana...Nak tau knapa? Coz ana sangat sayangkan teacher, dan ana buat oral dengan harapan oral tu paling baik dan dapat menggembirakan teacher...Tapi ana lupa, bukankah semuanya mesti ditujukan kepada Allah? hakikatnya, wpun ana menyayangi teacher, ana sepatutnya berusaha buat oral sungguh2 kerana Allah...

Kemudian, ana ditegur sekali lagi...Kenapa pada saat ana nak mengadu tentang placement, interview dll, ana turn to other people first, rather than ALLAH yang lebih fahami ana?? Astagfirullah...apa ana dah buat? Ampunkan aku, Ya Allah...

Ana tak berniat mencoret lebih pjg...kerana insya Allah, bait-bait kata yang terbuku di hati ni, telah pun disampaikan..Alhamdulillah...sahabat2...doakan kekuatan ana utk thabat di atas jalan Allah SWT yang lurus ni...ana harapkan belas kasihanNya, ana harapkan redhaNya, ana mencari cintaNya...Ya Allah, benarkanlah aku mencari cintaMu...aku perlukanMu...Ya Allah.......(T_T)

1 comment: