Saturday, December 31, 2011

Kembara bumi Andalusia, Sepanyol



Alhamdulillah,Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah yang mengizinkan saya menjejakkan kaki ke bumi Andalusia, di bahagian selatan Sepanyol.

Baru 2 hari pulang dari kembara di bumi Andalusia, bumi bertuah yang pernah menerima sentuhan sinar Islam. Macam2 pengalaman yang manis dan tak kurang juga yang x brapa nak manis, semanis susu cam f&n yang dapat dirasakan sepanjang kembara ni.

Alhamdulillah atas segala rasa, reflection yang Allah izinkan saya untuk experience..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Kerana apa?

Kerana sangat ramai orang yang kat luar sana pun berjalan2 juga, ke UK, Spain, Portugal, Egypt, etc..

Tapi berapa ramai yang berusaha mengambil pengajaran dan reflection dari jalan2 mereka?

Oooops, dont get me wrong ye..=D

Apa yang dimaksudkan is,bukanlah jalan2 saya ni yang terbest, terbaek, etc..Tapi, kepentingan menggunakan segala peluang yang ada untuk cari apa sebenarnya yang Allah nak ajar dalam jalan2 kita ni..

WHY? Supaya jalan2 kita tak la sesia..=) Mudah2an, insya Allah ada sahamnya di sisi Allah, insya Allah..=)

Hakikatnya, mungkin tak terlalu hiperbola jika saya katakan, keputusan untuk mengembara ke bumi Andalusia-kembara ke bumi permata Islam yang pernah menyinar suatu ketika dahulu, satu keputusan yang tak akan saya sesali, insya Allah.

Bercerita tentang Andalusia, ada 8 provinces di Andalusia, namun cuma 4 provinces yang kami lawati di sini iaitu Malaga, Seville, Cordoba dan Granada. Masing2 punya cerita tersendiri, yang insya Allah akan saya kongsikan bersama. =) Tapi, untuk post kali ni, cukuplah saya story-mory tentang Malaga je ok. =D

Nak tau tentang cerita2 di provinces yang lain? Hehe, tungguuuuuuu.... ^_^


Hari pertama-Malaga, kami datang!

Selamat mendarat di Malaga Airport, mencari tempat untuk simpan beg2 check in kami. Alhamdulillah, nasib baik jumpa di Malaga train station..Fuuuuh....Kalau x...Huhu, terpaksa la kami angkut sekali beg2 tu nak berjalan2 di Malaga ni.. T_T

Biasalah, bila mana muslim girls berjalan dalam komuniti masyarakat Sepanyol ni, mereka tgk pelik la...Tapi, apa yang paling manis, pada saat kami tgh cuak2 orang tgk pelik kat kami, keluar saja dari train station, seorang lelaki muslim (saya rasa dia salah seorang penduduk di Malaga ni), beri salam pada kami..

3 tempat yang kami lawati di Malaga; pantai Malaqueta, Castle of Gibralfaro dan Alcazaba (Alcazaba=kubu pertahanan umat Islam). Tapi, cukuplah saya bercerita tentang Castle of Gibralfaro dan Alcazaba saja ye...=)

Nak naik Castle of Gibralfaro dan Alcazaba ni, kena panjat bukit yang tinggi..tinggi dan steep! Huhu...tak dinafikan, memang la penat, ya Allah! Saya terfikir, isy, hebat ek tentera2 Islam ni, mesti mereka sume fit2 belaka, yelah nak panjat bukit tinggi2 camni, setiap hari. Bila nak kena turun bukit sebab, cthnya ada urusan penting ke, eg: kena berkawal di kawasan bawah bukit ke, maintain je...One of the mutabaah amal : Tubuh badan yang sihat...T_T

Akhirnya, daki punya daki, panjat punya panjat, sampai la kat puncak bukit ni, di mana terletaknya Castle of Gibralfaro dan Alcazaba. Memang la sangat puas, akhirnya dapat sampai puncak ni. Sungguh, memang dari sini, nampak full view of Malaga, dari laut Malaqueta yang kami pergi tu, bandarnya, rumah2nya, bukit2nya, everything..Patutlah kena bina kat tmpat tinggi, baru lah nampak semua, senang la nak berkawal kalau musuh datang.

Lama saya renung, tatap setiap kawasan di Castle of Gibralfaro dan Alcazaba ni. Alhamdulillah, Allah masih lagi pelihara kawasan ini, yang mungkin hikmahnya, hari ni, saya dapat melihat betapa hebatnya strategi ketenteraan Islam dulu. Betapa gahnya tamadun Islam sampai dapat bina Castle yang besar sebegini.

Jalan punya jalan kat Castle dan Alcazaba ni, dah petang. Alamak, kat mana nak solat Zohor dan Asar ni?? Aiyoooo... Alhamdulillah, akhirnya, jumpa satu corner yang boleh kami buat tempat solat. Hakikatnya, agak cuak dan takut nak solat secara open di Sepanyol ni. Nak tau kenapa??

Sebab ni berdasarkan pengalaman seorang sister yang ikut trip kami ni. Dia dan kawan2nya (mereka ramai time tu) solat di Mezquite di Cordoba, itu pun kat tmpat lapang, bukannya kat dalam Mezquita yang dah jadi Church tu, datang security guard dan haling mereka solat(If i’m not mistaken, security guard tu pijak tmpat solat mereka).

Dalam keadaan takut2 dan cuak2 tu, terdetik dalam hati saya, rasa sedih. Di Castle of Gibralfaro dan Alcazaba inilah, tentera Islam dulu solat. Atas bumi inilah..Pada saat mereka dahulu boleh solat secara trbuka,tiada siapa pun nak marah/halang, kini kami terpaksa solat dalam keadaan takut2..Subhanallah, sedih memikirkan hal tu..T_T

Dah jalan2 di Malaga, kami ke bus station untuk ke province seterusnya, Seville yang perjalanannya ambil masa almost 2 or 2.5 hours. Masa tunggu bus tu, kami cari makanan untuk dinner, since bila kami sampai di Seville tu, dah malam dan penat.

Haa, meh nak cerita tentang nak cari food ni..Alhamdulillah, jumpa 1 kedai yang serve kebab halal. Saya ambil satu snack ni, yang tulis vegetarian. Time nak bayar tu, sungguh2 mak cik tu cakap dalam bahasa Spain, sambil tunjuk2 kat snack tu.

Kawe ni dah la tak paham bahasa Spain..x amik Spanish masa time IB dulu..huhu...Mula la saya buat muka pelik, ala2 nak cakap kat mak cik tu:"mak cik, i duno Spanish la, speak malay or english, then only i understand mak cik..."

Mak cik tu sungguh2 lagi cakap, sambil buat gaya cam orang melayu nak suap makanan dalam mulut tu, sambil geleng2 kepala...Ohhh, baru la faham, tak boleh makan rupanya snack ni. Tapi saya bertambah pelik lagi,lantas dengan pengetahuan yang secotet tntang bahasa spanish ni(sbb dulu tgk cerita2 spanish tu, =p), “Pero, vegetarian?” sambil tunjuk kat label vegetarian tu..

Mak cik tu ambil snack tu dan baca ingredientsnya..Dia sebut la satu2, akhirnya dia stop kat satu perkataan ni, “Si, Jamon”...Ah sudah, Jamon ni apa pulak? Haaaa, bila dah beberapa hari duduk Spain, baru saya tau Jamon tu apa.

Jamon=ham...Alhamdulillah, nasib baik Allah hantar mak cik ni...Alhamdulillah sebab Allah gerakkan hati mak cik ni utk beritahu saya yang x fhm spanish ni...boleh jadi je mak cik ni x kesah pun, janji dia dapat duit...

Tapi Allah masih mengirimkan dia untuk saya..Thanks mak cik, gracias...=D

Dah selesai tu, kami naik bus, perjalanan yang cukup panjang ke Seville..dan kami akhiri hari kami dengan bermalam di hostel di Seville.

Hari esok menanti lebih banyak lagi pengalaman di bumi Seville...yang menimbulkan pelbagai rasa, gembira, terharu, sedih, marah...nak tau kenapa? Haaaa, tunggu next post...=D

(p/s: sori la, panjang sangat post ni...sekadar berkongsi rasa, saya takut pengalaman yang mungkin once in a lifetime ni akan hilang cam tu saja kalau saya tak start tulis...Jazakillah kerana bersabar membaca...^_^)

1 comment:

  1. bulan November 2011 tahun lepas, saya menjelajah bumi andalusia. pada awalnya saya hanya nak ke andalusia sahaja tetapi oleh kerana tiket pesawat mahal saya ke itali dahulu selama 6 hari, kemudian dari venice saya ke Ishbiliyyah ( seville kata orang sepanyol ) menaiki ryanair iaitu pesawat seperti air asia., setelah itu ke Qurtubah (Cordova), Jabal Toriq ( Gibraltar wilayah UK). Dari jabal toriq ke Gharnatah (granada), sempat juga ke Sirra Nevada untuk bermain salji dan seterusnya ke Madrid. Dari Madrid menaiki bas ke Paris selama 18 jam. Hanya 2 malam shj di Paris dan tak sempat ke London kerana tiket penerbangan pulang sudah di tempah . Jumlah hari 18 hari dan belanja semua 5500RM termasuk tiket 2400RM dengan Kuwait airways, routenya KL Kuwait Rome dan pulang Paris Kuwait KL. Saya menjelajah secara backpacking dengan isteri saya. Sila lihat laman saya : http://almadanii.multiply.com tapi maaf dah bertahun-tahun tak update

    ReplyDelete