Assalamualaikum wbt...
Hari ni..
ana nak mencoret sesuatu...
Yang ana tujukan khas buat sahabat ana yang tersayang...
Tapi, ana tak nak mention nama dia, insya Allah, ana percaya itu lebih baik...
Buat sahabat ana yang sangat ana rindui..
Ana minta maaf, kerana tak dapat bersama enti, pada saat enti menghadapi goncangan daripada Allah SWT..
Maafkanlah ana...Ya ukhti...
Sahabat...
Ana sedar, enti sedang menghadapi perkara yang menyedihkan dalam hidup enti..
Barang kali juga perkara yang sangat menyedihkan untuk enti...
Tak mengapa kalau pada saat ini enti masih lagi bersedih...
Menangis lah ya ukhti..Menangislah...
Kalau itu yang mampu membuat kan enti tersenyum lagi pada hari esok, untuk ana...
Untuk sahabat2 kita, untuk mad'u2 kita...
Untuk Illahi....
Ya ukhti...
Nak tahu sesuatu tak?
Sesungguhnya, Allah sedang melakarkan takdir enti dengan penuh kasih sayang...
Cantik sekali...tak dapat nak dibayangkan betapa Dia benar-benar menulis dengan kasih sayangNya...
Untuk memastikan enti dapat yang terbaik dalam hidup enti...
SayangNya Dia pada enti....
Ana cemburu...
Enti sangat2 bersinar di pandanganNya...
Ya ukhti...
Mungkin enti rasa ana tak dapat memahami sepenuhnya, apa yang enti rasakan...
Tapi ketahuilah sahabat...
Insya Allah, ana juga merasakannya..
Ana juga merasakannya, ya ukhti...
Ya ukhti, ingat lagi tak?
Pada saat kita mendapat placement?
Enti ingat lagi reaksi ana?
Ana menangis hiba...
Ana rasa tak mahu jumpa sesiapa pun..
Kerana hakikatnya, ana memang tak pernah terfikir pun utk ambil twinning program..
Tak pernah sekali pun dalam hidup ana..
Sungguh, ya ukhti...
Memang waktu tu ana diuji dengan goncangan yang maha dahsyat untuk ana...(33:11)
Sampaikan ana tak mampu nak dengar perkataan placement...
Sampaikan ana tak mampun nak sebut pun pkataan pmc/acms...
Benar2 diuji...
Selama hampir 2-3 hari ana tak dapat menerima hakikat...
Ana sedar...
Ana berdosa, bersalah...
Kerana selaku hambaNya, ana sepatutnya merelakan apa yang terjadi...
Biarpun pahit yang terpaksa ditelan..
Tapi, alhamdulillah...
Akhirnya ana dapat menerima hakikatnya...
Ya ukhti...
Nasihat ana kepada enti..
Mintalah kepada Dia
Agar diberikan kekuatan untuk menerima takdir ini dengan sebaiknya...
Mintalah kepada Dia...
Agar diberikan takdir yang terbaik untuk enti..
Mintalah kepada Dia..
Agar enti mampu bangun lagi, melangkah maju ke hadapan lagi selepas ini...
Mintalah, ya ukhti..
Dan menangislah kepadaNya...
Mengadulah kepadaNya..
HE IS ALWAYS THERE FOR YOU....