Wednesday, May 2, 2012

Kerinduan itu..





Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yg masih mengizinkan saya untuk menulis lagi..
Masih mengurniakan saya ilham, detikan rasa dalam hati,
Mencelikkan mata hati untuk melihat dunia dari sisi yang lain, dgn kaca mata Islam, insya Allah..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih ingin memandang saya..
Alhamdulillah..

Sedang berjuang untuk menghadapi lagi 2 paper exam.
Alhamdulillah, dah berlalu 3 paper, moga Allah mengurniakan yang terbaik buat saya, buat agamaNya.

Pada saat sedang struggle dgn segala macam sistem dalam tubuh badan manusia, (sistem pernafasan, sistem cardio, etc..), kadang kala rasa lelah juga..
Diri meminta berehat seketika..

Mencari2 himmah(semangat) untuk meneruskan lagi perjuangan yang panjang ini..
Study, dakwah..semuanya..

Jari pantas menekan2 keyboard di laptop.
Cuba membaca2 artikel di internet, moga2 ada yang Allah kirimkan untuk mengisi semula himmah ini..

Tiba2 Allah mengirimkan satu rasa kerinduan dlm hati..
Pantas saya buka fb, melihat2 semula gambar jaulah ke Spain Disember 2011 lalu.

Bumi itu..
Bukit itu..
Laut itu..
Mezquita itu..
Giralda itu..
Alhambra, istana merah itu..

Ya..
Saya rindukan mereka..
Saya rindukan semua itu...

Entah..lately, saya sangat merindui tanah itu..
Seringkali saya membayangkan, bagaimana hebatnya Islam waktu itu..

Bagaimana amannya keadaan waktu itu..

Oh, bagaimana idealnya dunia waktu itu!

Semua tunduk pada Islam yang adil, yg diturunkan Allahu Rahman kepada hamba-hambaNya.

Saya baca pula berita tentang dunia sekarang. Kadang kala, terasa macam tak mahu buka newspaper lagi, penat baca tentang dunia yang sedang tenat.

Penat baca tentang semua kekalutan ini..

Teringat kata2 Lauren Booth, "dalam kita mengalami kekalutan ini, sebenarnya, 'up there' semuanya, ok.."

Saya rasa nak menangis..
Benar kata dia..
Dunia sangat kalut..

Semua meminta2 solution, ttg kekalutan ini, tp mereka tak sedar ttg Islam yang dah lama menjadi solution ini..
Terbukti di zaman Abbasiyah di Andalusia..

Setiap kali saya melihat gambar2 jaulah ke Andalusia, Spain..
Saya sebak..

Saya mengaku, saya mengharapkan dunia yang ideal sebegitu..
Dan saya tak tahu adakah saya sempat untuk melihat dunia yang ideal sebegitu..

Wallahu' alam..

Tapi, saya sedar.
Allah preserve Andalusia untuk kita belajar daripada sejarah dulu.
Agar kita tak mengulangi kesilapan yang sama, lalai kepada dunia setelah berbagai2 nikmat Allah beri..

Allah preserve Andalusia..
Bukanlah untuk kita menangisi saja, mengenang masa lalu..

Terus hidup dalam angan2 kita, ttg dunia yang ideal..

Bukan sisters..Bukan begitu..

Saya tahu,
Memang pahit..
Pahit bila melihat Mezquita kita dah dirampas dari kita..
Alhambra kita dah diambil dari kita..
Giralda kita, menara azan kita dah menjadi Cathedral..

Saya faham..
Kerana saya juga rasakan kepahitan yang sama..

Memetik kata2 Imam Hasan Al-Banna:
“Janganlah kalian berputus asa..Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah sifat seorang Muslim. Bahawasanya kenyataan hari ini adalah mimpi semalam, dan mimpi hari ini adalah hakikat masa depan." (quoted from  http://muharikah.com/archives/3491/ )
Perjuangan perlu diteruskan lagi..
Ya..
Perlu..
Meskipun pahit..
Meskipun kita tak dapat merasakan manisnya dunia yang ideal itu..

Kerana kita punya amanah..
Untuk berusaha meletakkan dunia ini kepada tahap yang ideal itu,
bila seluruh alam ini tunduk kepada Allah..

Seluruhnya...tunduk kepada Allah..
Hanya Allah..

Moga kerinduan kepada tanah itu, menjadi penguat semangat untuk berusaha..
Moga niat ini sentiasa disucikan..

Allah, pandulah kami..terimalah amal2 kami yg sedikit ini..