Assalamualaikum...
Hari ini, hati diuji sekali lagi...
Iman diukur sekali lagi...
Diri diduga sekali lagi...
Result IELTS baru sampai ke tangan kaunselor..
Dan debaran menerima sijil dan kputusan memang tak terkata..
Tapi tatkala result mula digenggam..
Mula ditatap..
Dalam hati seolah tercipta satu rasa..
Rasa yang cukup menyedihkan, bagi seorang daieNya..
Terasa tidak bersyukur dengan apa yang diterima,
Hanya semata kerana sahabat2 lain di sisi juga melambung2 result mereka.
Hanya semata kerana tidak mendapat setanding mereka..
Hanya semata-mata kerana itu...
Duhai hati,
Betapa...
Hanya sekecil ini kau telah mengeluh.
Hanya sekelumit ini, kau telah kecewa.
Hanya semudah ini kau mula bersangka buruk pada Si Dia yang sentiasa di sisi, tanpa mengira..
Apakah kita bijak atau tidak..
Tanpa meninggalkan kita pada saat kita mengharapkanNya..
Tanpa menghampakan kita yang meminta pada Dia..
Dia...
Dia...
Dia...
Wahai hati.
Ketahuilah,
andai saat ini kau masih terasa sedihnya,
tidak sepatutnya kau terasa begitu..
Duhai hati,
kembalilah pada fitrah mu..
Sebagai hambaNya...
Mintalah ampunanNya..
Sungguh, kita manusia yang sering lalai dan leka..
Wahai Tuhan..
Ampunkan kami..
Maafkan kami...
Atas kekhilafan dan kesilapan kami...