Thursday, December 29, 2011

Ni lebih sweet dari sume movie yang sweet wooo!


Fuh...fuh...fuh...(meniup2 laman blog yang dah lama bersawang...)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih mengirimkan kekuatan, untuk saya menulis. Masih memberikan kesempatan waktu untuk berkongsi mengenai apa yang saya peroleh, sepanjang kembara ke bumi UK dan Spain.

Insya Allah, untuk edisi pertama perkongsian ini, saya nak share mengenai satu kisah yang diceritakan seorang sister dari bumi London, UK sewaktu program Perhimpunan Musim Sejuk kami.. Tapi, sori la ye, saya tak ingat bulat2 cam akak tu share, tapi insya Allah, core of the story ni still sama.

Diceritakan, kisah ini berlaku pada zaman Nabi Isa. Waktu tu,kemarau yang teruk, takde air. Maka Nabi Isa dan para pengikutnya bersembahyang dan berdoa beramai2 di sebuah kawasan, memohon hujan.

Tunggu, punya tunggu, hujan tak turun2.

Lantas, Nabi Isa bertanya kepada Allah, “Wahai Tuhanku, Ya Allah, mengapa Engkau tak turunkan hujan, sedangkan kami telah berdoa, meminta kepada Engkau?”

Maka Allah menjawab, “Sesungguhnya, ada di antara pengikutmu yang berdoa ini telah melakukan dosa.”

Lantas, Nabi Isa bertanya kepada pengikutnya, “Keluarlah sesiapa di antara kamu yang telah berbuat dosa, kerana sesungguhnya Allah tidak akan memperkenankan doa kita dengan adanya orang ini.”

Haaaa...cuba teka, ada tak yang bangun???

Jeng3...mestilah takde!

Cuba bayangkan kalau kita berada dalam situasi yang sama, mesti akan terbisik dalam hati kita, “Uisy, harap2 ada la orang lain yang bangun...Ohhh, please, malunya nak bangun kalau akulah orang yang Allah maksudkan tu!”

Mereka menunggu lagi, dan lagi..takda juga orang yang bangun.

Namun, tau tak adik2, dalam kelompok manusia yang berdoa tu, ada seseorang dari kalangan mereka, yang berdoa, senyap2 dalam hatinya...

“Ya Allah, sesungguhnya,sudah 40 tahun aku melakukan dosa..Dan selama 40 tahun itu juga, Ya Allah, Kau menjaga aibku..Kau tidak mendedahkannya kepada sesiapapun..Ya Allah, untuk kali ini, aku pohon Ya Allah, ampunilah dosaku Ya Allah, dengan rahmat dan kasih sayangMu..”


Maka seketika kemudian, Allah memberitahu Nabi Isa bahawa permintaan mereka untuk hujan telah dimakbulkan.

“Wahai Isa, ketahuilah sesungguhnya, permohonan kamu meminta hujan telah dimakbulkan. Ketahuilah ada seorang hambaKu dari kalangan kamu yang telah berdoa kepadaku dengan tulus ikhlas, maka aku kabulkan permintaannya.”

Nabi Isa sangat gembira, lantas bertanya lagi kepada Allah.

“Ya Allah, beritahulah aku siapakah orang itu, agar aku dapat bergembira bersamanya, kerana ampunanMu keatasnya.”

Haaaaa, pastu, nak tau tak Allah jawab apa?? =) Ni yang best ni!

Allah jawab, “Wahai Isa, ketahuilah, sesungguhnya, selama 40 tahun dia melakukan dosa, Aku masih menutup aibnya. Maka, takkanlah sekarang, pada saat ini, setelah Aku mengampuninya, Aku mahu membuka aibnya?”

Dan akhirnya, Allah menurunkan hujan tanpa ada sesiapa pun yang bangun...=)

Subhanallah...apa perasaan semua orang?

Terharu x baca kisah ni?

Sweet kan Allah?

Pada saat saya dengar kisah ni, rasa terharu sangat...

Ya, memang sangat betul apa yang berlaku dalam kisah ni. Selama hampir dah berapa tahun kita hidup, pernah tak Allah buka aib kita, dosa2 kita kepada orang lain?

Betapa Ar-Rahmannya Allah itu, sampaikan dia jaga aib kita, daripada orang lain tahu, walau sebesar manapun dosa kita.

( mode:Istighfar...)

Pernah tak kita bersyukur dengan nikmat ini? Selalukah kita berterima kasih pada Allah atas rahmatNya ini? Mungkin juga,kita dah x rasa pun bahawa selama kita hidup ini, Allah yang menjaga aib kita. Kita x sedar..

Betapa banyak nikmat yang kita dapat setiap saat, setiap detik, atas rahmat dan kasih sayang Allah..Tapi berapa banyak kali pula kita mengucapkan syukur kepada Allah, atau sekurang2nya, terbisik dalam hati kita rasa untuk berterima kasih kepada Allah?

(mode:Istighfar...)

Saya tinggalkan persoalan ni untuk renungan kita bersama..

(p/s: Ayuh, kita tanamkan azam dan berusaha untuk menjadi hambaNya yang bersyukur? Masih belum terlambat lagi...=D )


Thursday, August 4, 2011

Fly

"Uish..akak, bestnya dah nak fly!!"
"Akak..huhu, kiteorg lama lagi la nak abis blaja kat kolej ni..T_T"
"Akak...jelesnya saya!!"

...dan macam2 lagi komen yang saya dengar daripada adik2 dan juga relatives yang berasa excited apabila mendapat tahu insya Allah saya akan melanjutkan pelajaran ke oversea...

huh..

saya tak nafikan..

memang ada rasa gembira..dan teruja..
untuk menapak di bumi baru..
yang asing..
mengembara di bumi ciptaan Allah yang Maha Kuasa..
belajar sebanyak-banyaknya dari setiap inci alam yang Dia miliki..

TAPI..

hakikatnya juga..

jauh di sudut hati saya, saya risau..

Subhanallah..mampukah saya bertahan di sana?
mampukah saya untuk terus tsabat di sana?
saya risau..

3 bulan cuti panjang di rumah..
bermacam2 dugaan..ujian..yang cukup mencabar..
kadang kala, tewas dengan kekalahan yang sangat teruk..

itulah saya...

betapa rapuhnya saya..

T_T kadang kala saya terfikir..
inikah sikap orang yang 'claim' diri mereka sudah faham..
tentang tugas mereka..
tentang tujuan penciptaan mereka??

...

saya tak mampu nak jawab..

saya sedih tgk video yang dikongsi oleh seorang sahabat tentang abu ubaidah al-jarrah...

saya tak tahu adakah saya mampu untuk kuat,
tatkala Allah mencampakkan saya di bumi asing ini...

Subhanallah...

~curahan rasa yang bercampur baur..
dari hati yang rapuh dan patah..~



Allah..
bimbinglah aku..
kerana aku perlu Kamu...
T_T

Friday, July 8, 2011

Turn the sour lemon into sweet drink..

Aku cuba mencari ibrah di sebalik apa yang berlaku kepada aku..
sememangnya, sebagai manusia yang lemah,
aku tak mampu menduga,
apakah percaturan yang sedang Allah aturkan dalam hidupku..

Setiap kali selepas solat, aku bertanya kepadaNya..
"Wahai Allah..
sesungguhnya aku tak dapat menduga apakah yang sedang cuba Kau aturkan dalam hidupku..
sesungguhnya aku tak tahu apa yang Engkau cuba susunkan untukku..
namun aku tahu..
Engkau yang Maha Mengetahui masa depanku..hidupku..hatiku..
dan aku yakin..
Engkau takkan pernah menzalimi hambaMu..
walaupun sekali.."

Hari ini..
aku memandang kucingku,ibu kucing yang baru saja kehilangan 4 ekor anaknya..
(mungkin tak perlu aku sebutkan apa yang berlaku kepadanya)
aku dapat merasakan, barang kali si ibu kucing ini sedang dalam kesedihan..
berkali-kali dia memanggil anak-anaknya..
tapi tiada sahutan..

walaupun dia kucing,
namun sebagai tuan yang membelanya, menjaganya..
aku turut merasa kasihan melihat si ibu kucing itu..
terdetik di hatiku,
"Kalaulah aku boleh buat sesuatu utk gembirakan kau, tentu aku akan cuba.."

Aku bertanya pada diriku sendiri...
Wahai diri..apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan pada kamu??
Apa yang Allah nak ajarkan pada kamu tentang ibu kucing ini?
Carilah ibrahnya..

Lantas..
Aku terfikir sesuatu..
Aku cuma insan biasa..
yang sifat penyayangnya hanya sekelumit cuma..
jika hendak dibanding dengan Allah Yang Maha Penyayang...

Sedangkan aku sendiri yang membela si ibu kucing,
yang baru beberapa bulan di rumah,
sudah bersedih memikirkan nasib si ibu kucing..

inikan pula Allah yang telah menjaga aku..
sejak aku belum membuka mataku melihat dunia ini lagi..
sudah tentu Dia tak mahu aku bersedih..
dengan ujiannya..


Aku yakin..
Dia sedang membuka ruang untuk aku lebih dekat denganNya..

Insya Allah..

Thursday, July 7, 2011

Maafkan aku..

Allah..

Maafkan aku..

Kerana aku tak kuat menerima dugaanMu..


Allah..

Maafkan aku..

Kerana aku tak dapat bersabar pada hentakan pertama..


Allah..

Maafkan aku..

Kerana hatiku terguris dengan ujianMu..


Allah..

Maafkan aku..

Kerana aku bukan hambaMu yang baik..


Allah..

Maafkan aku..

Maafkan aku..

Maafkan aku..


Sahabat..

Aku bersyukur kepada Allah..

Kerana Dia mengurniakan aku nikmat yang terlalu besar..

Yang tak pernah terlintas di fikiran..


Tapi sahabat..

Maafkan aku..

Kerana aku tak dapat bersabar..

Kerana aku menitiskan air mata..

Kerana aku tak dapat menahan tangisanku..

Pada saat ujian datang bertamu..


Andai sahabat kecewa..

Maafkan aku..

Kerana aku insan biasa..

Yang masih bertatih di jalan yang penuh berduri ini..

Monday, July 4, 2011

Aku perlu Kamu...

Yunus, 10:94
Maka jika engkau(Muhammad) berada dalam keragu-raguan tentang apa yang kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang yang membaca kitab sebelummu. Sungguh, telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau termasuk orang yang ragu,

Yunus, 10:95
dan jangan sekali-kali engkau termasuk orang yang mendustakan ayat-ayat Allah, nanti engkau termasuk orang yang rugi.

Yunus, 10:103
Kemudian Kami selamatkan rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman, demikianlah menjadi kewajiban Kami menyelamatkan orang yang beriman.

Yunus, 10:107
Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak karunia-Nya. Dia memberikan kebaikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Yunus, 10:109
Dan ikutilah apa yang diwahyukan kepadamu, dan bersabarlah hingga Allah memberikan keputusan. Dialah hakim yang terbaik.